A Bed Time Story

A Bed Time Story
UNFORGETABLE MEMORIES

Friday, 23 May 2014

Cara Bermain Gitar: Akustik dan Elektrik


Gitar Akustik

Adalah jenis gitar dimana suara yang dihasilkan berasal dari getaran senar gitar yang dialirkan melalui sadel dan jembatan tempat pengikat senar ke dalam ruang suara. Suara di dalam ruang suara ini akan beresonansi terhadap kayu badan gitar. Jenis dan kualitas kayu serta jenis senar yang digunakan akan memengaruhi suara yang dihasilkan oleh gitar akustik.

Bahagian Gitar
  1. "Headstock" (kepala) (1)
  2. "Nut" (2)
  3. Alat Pemutar (3)
  4. Frets (4)
  5. "Neck" (Leher) (7)
  6. Heel (Penghubung) (8)
  7. Badan Gitar (9)
  8. "Bridge" (12)
  9. Bagian Belakang (14)
  10. "Soundboard" (Bagian Penghasil Suara / kotak resonansi) (15)
  11. Bagian Sisi (Samping) (16)
  12. Lubang suara (17)
  13. Senar (18)
  14. "Saddle" (19)
  15. "Fretboard" (Fingerboard) (20)

Asas Pemainan Gitar Akustik

Gitar Elektrik
Apa bila kita mendengar muzik, kita akan terdengar bunyi gitar yang kasar dan berkeriut bunyinya seperti bunyi sebuah mesin atau enjin. Dalam kebanyakkan lagu, terdapat juga bunyi solo melodi gitar yang dibunyikan seperti jeritan makhluk yang ganas. Ada juga lagu yang mana bunyi petikan gitarnya garang, kalau dibunyikan hanya untuk satu note ia berpanjangan seakan-akan tidak akan berhenti. Semua melodi solo & petikan seluruh kord gitar boleh dimainkan sebegitu dengan distortion.
Ia satu proses yang disengajakan untuk merosakkan atau membiaskan isyarat elektronik gitar dengan menggunakan satu alat yang mempunyai litar penguat isyarat didalamnya. Itu sebab bunyi sebegitu dinamakan Distortion sebab ianya ialah bunyi yang diubahsuai menjadi rosak. Ertinya yang sebetul sebelum kewujudan gitar elektrik ialah : satu imej yang rosak hasil daripada kanta optik yang rosak.


Teknik Bermain Gitar Elektrik

Sunday, 18 May 2014

Muzik Tradisional


Muzik Tradisional

Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
 
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.

Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,  peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. 
Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.


Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia.