A Bed Time Story

A Bed Time Story
UNFORGETABLE MEMORIES

Monday, 23 June 2014

Keluarga Bahagia Saya


Pilihan Video Klip: Artis Tempatan



Sekitar Konsert Siti Nurhaliza di KLCC


Sekitar Konsert Rossa dan Pasha


Sekitar Konsert Jamal Abdillah


Sekitar Konsert Mawi

Gambar Haiwan Peliharaan











Cerita Lucu...sekadar hiburan


1.  TAKUT HAMIL

SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. . . . .

SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?

IBU : Bapak keluar...ngko dah kenape?!

SARI : (dgn nada pelan) minta maaf Mak...kemungkinan Sari hamil.

IBU : (terkejut) Apa?

SARI : (gementar) Ya, hamil.

IBU : Aaahh...tak mgkin, ko cuma sakit je tu... ko pi rehat je situ...

SARI : Tapi sejak kebelakangan ini...Sari selalu muntah2, Mak.

IBU : (rasa geram) Aaahh...paling2 pun masuk angin je ko itu.. pi beli minyak angin... sembuh jugak ko tu nanti.

SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss...tapi kenapa skrg Sari suka makan yg masam2, Mak . . . ?
IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIpudin!!!. Mak lempang jugak ko nanti. Pondan mana boleh beranak!!!!!

2.  TAUFIK
Ade ialah seorang guru. Ade mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Ampang. 

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ade : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).

Cikgu Ade : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ade, panjang sangat..”.

Cikgu Ade : “Takpe-takpe Taufik, cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.


3.  NENEK VS CUCU
Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..? 

Nenek: cari daun palas ni haa.. 

Cucu: utk apa daun palas nek..? 

Nenek: utk buat ketupat.. 
Cucu: ketupat utk apa nek..? 

Nenek: utk makan nanti 

Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..? 
Nenek: cari daun palas.. 
Cucu: utk apa ah..?? 
Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan.. 
Cucu: ketupat tu utk apa nek..? 
Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak.. 
Cucu: ohh gitu.. 
Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek.. 

Cucu: kenapa..? 
Nenek : sbb nenek sibuk... 
Cucu: sibuk buat apa..?? 
Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi.. 
Cucu: daun palas utk..?? 
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!! 
Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?
Nenek: dgn kau la..!! 
Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon. 

Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja... 

Cucu: buat keja apa..?? 
Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!! 
Cucu : utk ape..??
Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!! 
Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..? 

Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai n hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!! 
Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..? 

Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!! 
Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..?? 

Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!! 
Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..? 

Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!! 
Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..?? 
Nenek : tidak..! aku ada kerja..!! 
Cucu : kerja apa..? 
Nenek : cari daun palas 

Cucu : utk ape daun palas ah..?? 

Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!! 
*Terus nenek dia lari laju2 , tak tengok belakang pun.. Kalau korang nmpak org tua masih lari2 , jgn ckp pasal daun palas ahh..
4.  MEE BANDUNG...
Untuk beberapa tahun, Kasim telah melakukan hubungan sulit bersama pembantu rumahnya yang berasal dari Bandung, Indonesia bernama Sumarni...

Suatu hari, Sumarni memberitahu Kasim yang dirinya mengandung ... Kasim yang tidak mahu isterinya tahu, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sumarni balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala perbelanjaan untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak bocor, Kasim menyuruh Sumarni supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Kasim akan menguruskan pengiriman kos perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

9 bulan selepas itu, ketika Kasim pulang dari kerja, isteri Kasim iaitu Maimunah menegur Kasim dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Aishah. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang.. Nanti abang jelaskan," kata Kasim.. Aishah pun memberi poskad itu kepada Kasim dan melihat Kasim membaca poskad tersebut, lalu muka Kasim bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4…2 ada telur, 2 tiada telur… Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

5.  SKETSA HARI JUMAAT

Sketsa kehidupan pagi jumaat:

Baru jam 10 pagi, terdengar seseorang melaungkan azan. penduduk kampung berasa pelik lalu bergerak ke masjid untuk siasat.
   Setiba di masjid, mereka mendapati ada seorang lelaki yang mereka anggap gila sedang azan.
    Ketua kampung menjerit
"Hoi! Jam 10 pagi ni azan solat
apa?" Orang gila menjawab: "Tadi, azan yang betul jam 6 pagi ada 4 orang je yang datang, ni azan yang salah, sekampung pulak yang datang. siapa gila?"

Bagaimana Merancang Perkahwinan??


Berikut adalah maklumat serba ringkas untuk bakal pengantin untuk merancang majlis perkahwinan

Checklist perkahwinan perlu ada serta harus diberi perhatian sebagai senarai perancangan awal sesebuah perkahwinan. Dengan checklist perkahwinan pastinya si pengantin sedar dan tahu apa lagi perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan yang masih tertangguh. Tanpa checklist perkahwinan para pengantin pastinya terlupa , terlepas pandang malah tidak sedar ada lagi perkara lain perlu dibereskan. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu masa , tambahan pula dengan keadaan terlalu sibuk pastinya ada yang tertinggal. Susun atur yang teliti dalam senarai checklist perkahwinan pastinya mengurangkan bebanan fikiran untuk mengingati semua perkara-perkara yang berkaitan.
Jadi, bukan senang  untuk  merancang sesuatu majilis perkahwinan tersebut tanpa dibantu dengan checklist perkahwinan anda. Lain lah kiranya sipengantin mengupah wedding planner untuk lepas tangan dalam hal ini. Maklumlah tak nak panic bila tiba masa yang ditunggu-tunggu nanti. Berikut adalah cadangan serbi sedikit checklist perkahwinan yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu.  

1.  Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan.  Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
2.  Tentukan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting.
3.  Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala butir-butir atau keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum menyerahkan borang dan dokumen yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan.
4.  Pilih tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majilis perkahwinan akan lebih meriah.
5.  Buat medical check-up (HIV). Perkara wajib dibuat. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Salah satu daripada berlakunya penceraian awal adalah kerana masalah ketulusan hati. Ketahuilah awal-awal kesihatan pasangan anda masing-masing. Selain daripada mengetahui tahap kesihatan masing-masing, disinilah ujian terbesar sebelum perkahwinan anda.
6.  Beli barang-barang hantaran. Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan keatas perkara ini dapat dijimatkan.
7.  Beli souvenir dan bunga telur.
8.  Beli alat-alat untuk gubahan barang hantaran
9.  Tempah juru nikah atau tok kadi. Perlu dibuat awal. Ini membolehkan sijurunikah atau tok kadi dapat membuat perancangan masa beliau sendiri. Supaya Doa majilis perkahwinan dapat disediakan nanti.
10.  Tetamu. Senaraiikan para  tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.
11.  Kad jemputan. Tempah perkara ini dari awal. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.
12.  Gubah barang-barang hantaran. Supaya ianya nampak kemas.
13.  Tempah pelamin.
14.  Juru solek atau mak andam. Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka.
 15.  Pilih busana pengantin.
16.  Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)  serta kanopi
17.  Tempah juru kamera dan / atau juru video
18.  Tempah khidmat catering atau beli barang-barang untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dan lain-lain)  untuk majlis perkahwinan anda.
19.  Dekorasi meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20.  Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band.
21.  Banting atau signage. Buat perkara ini jika dirasakan perlu.

Sunday, 22 June 2014

Madame Tussoud..An Unforgetable Holiday...




Pameran Perkahwinan di GM KLANG

assalamualaikum...hari nie jalan-jalan kat GM Klang...bantu adik rinie..dia bakal melangsungkan perkahwinan disember ini..jom kita tengok2 gambar yg sempat rinie  ambik kay...