A Bed Time Story
UNFORGETABLE MEMORIES
Monday, 23 June 2014
Pilihan Video Klip: Artis Tempatan
Sekitar Konsert Siti Nurhaliza di KLCC
Sekitar Konsert Rossa dan Pasha
Sekitar Konsert Jamal Abdillah
Sekitar Konsert Mawi
Cerita Lucu...sekadar hiburan
1. TAKUT HAMIL
SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. . . . .
SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?
IBU : Bapak keluar...ngko dah kenape?!
SARI : (dgn nada pelan) minta maaf Mak...kemungkinan Sari hamil.
IBU : (terkejut) Apa?
SARI : (gementar) Ya, hamil.
IBU : Aaahh...tak mgkin, ko cuma sakit je tu... ko pi rehat je situ...
SARI : Tapi sejak kebelakangan ini...Sari selalu muntah2, Mak.
IBU : (rasa geram) Aaahh...paling2 pun masuk angin je ko itu.. pi beli minyak angin... sembuh jugak ko tu nanti.
SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss...tapi kenapa skrg Sari suka makan yg masam2, Mak . . . ?
IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIpudin!!!. Mak lempang jugak ko nanti. Pondan mana boleh beranak!!!!!
2. TAUFIK
Ade ialah seorang guru. Ade mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Ampang.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ade : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).
Cikgu Ade : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ade, panjang sangat..”.
Cikgu Ade : “Takpe-takpe Taufik, cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.
3. NENEK VS CUCU
Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..?
Nenek: cari daun palas ni haa..
Cucu: utk apa daun palas nek..?
Nenek: utk buat ketupat..
Cucu: ketupat utk apa nek..?
Nenek: utk makan nanti
Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..?
Nenek: cari daun palas..
Cucu: utk apa ah..??
Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan..
Cucu: ketupat tu utk apa nek..?
Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak..
Cucu: ohh gitu..
Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek..
Cucu: kenapa..?
Nenek : sbb nenek sibuk...
Cucu: sibuk buat apa..??
Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi..
Cucu: daun palas utk..??
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!!
Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?
Nenek: dgn kau la..!!
Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon.
Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja...
Cucu: buat keja apa..??
Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!!
Cucu : utk ape..??
Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!!
Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..?
Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai n hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!!
Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..?
Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!!
Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..??
Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!!
Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..?
Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!!
Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..??
Nenek : tidak..! aku ada kerja..!!
Cucu : kerja apa..?
Nenek : cari daun palas
Cucu : utk ape daun palas ah..??
Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!!
*Terus nenek dia lari laju2 , tak tengok belakang pun.. Kalau korang nmpak org tua masih lari2 , jgn ckp pasal daun palas ahh..
4. MEE BANDUNG...
Untuk beberapa tahun, Kasim telah melakukan hubungan sulit bersama pembantu rumahnya yang berasal dari Bandung, Indonesia bernama Sumarni...
Suatu hari, Sumarni memberitahu Kasim yang dirinya mengandung ... Kasim yang tidak mahu isterinya tahu, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sumarni balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...
Beliau berjanji akan menanggung segala perbelanjaan untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak bocor, Kasim menyuruh Sumarni supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Kasim akan menguruskan pengiriman kos perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
9 bulan selepas itu, ketika Kasim pulang dari kerja, isteri Kasim iaitu Maimunah menegur Kasim dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Aishah. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang.. Nanti abang jelaskan," kata Kasim.. Aishah pun memberi poskad itu kepada Kasim dan melihat Kasim membaca poskad tersebut, lalu muka Kasim bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!
Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4…2 ada telur, 2 tiada telur… Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

5. SKETSA HARI JUMAAT
Sketsa kehidupan pagi jumaat:
Baru jam 10 pagi, terdengar seseorang melaungkan azan. penduduk kampung berasa pelik lalu bergerak ke masjid untuk siasat.
Setiba di masjid, mereka mendapati ada seorang lelaki yang mereka anggap gila sedang azan.
Ketua kampung menjerit
"Hoi! Jam 10 pagi ni azan solat
apa?" Orang gila menjawab: "Tadi, azan yang betul jam 6 pagi ada 4 orang je yang datang, ni azan yang salah, sekampung pulak yang datang. siapa gila?"
Bagaimana Merancang Perkahwinan??
Berikut adalah maklumat serba ringkas untuk bakal pengantin untuk merancang majlis perkahwinan
Checklist perkahwinan perlu ada serta harus diberi perhatian sebagai senarai perancangan awal sesebuah perkahwinan. Dengan checklist perkahwinan pastinya si pengantin sedar dan tahu apa lagi perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan yang masih tertangguh. Tanpa checklist perkahwinan para pengantin pastinya terlupa , terlepas pandang malah tidak sedar ada lagi perkara lain perlu dibereskan. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu masa , tambahan pula dengan keadaan terlalu sibuk pastinya ada yang tertinggal. Susun atur yang teliti dalam senarai checklist perkahwinan pastinya mengurangkan bebanan fikiran untuk mengingati semua perkara-perkara yang berkaitan.
Jadi, bukan senang untuk merancang sesuatu majilis perkahwinan tersebut tanpa dibantu dengan checklist perkahwinan anda. Lain lah kiranya sipengantin mengupah wedding planner untuk lepas tangan dalam hal ini. Maklumlah tak nak panic bila tiba masa yang ditunggu-tunggu nanti. Berikut adalah cadangan serbi sedikit checklist perkahwinan yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu.
1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala butir-butir atau keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum menyerahkan borang dan dokumen yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan.
4. Pilih tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majilis perkahwinan akan lebih meriah.
5. Buat medical check-up (HIV). Perkara wajib dibuat. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Salah satu daripada berlakunya penceraian awal adalah kerana masalah ketulusan hati. Ketahuilah awal-awal kesihatan pasangan anda masing-masing. Selain daripada mengetahui tahap kesihatan masing-masing, disinilah ujian terbesar sebelum perkahwinan anda.
6. Beli barang-barang hantaran. Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan keatas perkara ini dapat dijimatkan.
7. Beli souvenir dan bunga telur.
8. Beli alat-alat untuk gubahan barang hantaran
9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Perlu dibuat awal. Ini membolehkan sijurunikah atau tok kadi dapat membuat perancangan masa beliau sendiri. Supaya Doa majilis perkahwinan dapat disediakan nanti.
10. Tetamu. Senaraiikan para tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.
11. Kad jemputan. Tempah perkara ini dari awal. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.
12. Gubah barang-barang hantaran. Supaya ianya nampak kemas.
13. Tempah pelamin.
14. Juru solek atau mak andam. Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka.
15. Pilih busana pengantin.
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi
17. Tempah juru kamera dan / atau juru video
18. Tempah khidmat catering atau beli barang-barang untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dan lain-lain) untuk majlis perkahwinan anda.
19. Dekorasi meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band.
21. Banting atau signage. Buat perkara ini jika dirasakan perlu.
Sunday, 22 June 2014
Pameran Perkahwinan di GM KLANG
assalamualaikum...hari nie jalan-jalan kat GM Klang...bantu adik rinie..dia bakal melangsungkan perkahwinan disember ini..jom kita tengok2 gambar yg sempat rinie ambik kay...
Rawatan Melecur
| Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang. |
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
- Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
- Objek panas seperti sterika, dapur.
- Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
- Kebakaran bahan kima yang menghakis.
- Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
- Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan Gejala
Melecur terbahagi kepada :
- Permukaan Kulit
- Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
- Kulit Dalam
- Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
- Keseluruhan Kulit
- Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
- Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
- Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
- Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
- Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
- Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
- Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
- Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
- Keseluruhan kulit terbakar.
- Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
- Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
- Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
- Melecur akibat renjatan elektrik.
- Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
- Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
- Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
- Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
- Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
- Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
- Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
- Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
- Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
- Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
- Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
30 Fadilat di Bulan Ramadhan
1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2. Ramadhan bulan mujahadah
Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.
5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.
6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.
8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).
12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).
13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).
14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).
Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.
16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)
22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).
23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)
24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.
25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.
26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).
27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.
28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.
29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).
Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.
Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.
30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.

Senarai Kereta Termahal Di Dunia
SENARAI KENDERAAN TERMAHAL DI DUNIA
10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)
9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)
8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)
7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)
Filem 2014
Berikut adalah Filem yang popular yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam utama sepanjang tahun 2014.
1. Transformer 4: Age of Extintion
2. Mortal Combat 2014
4. 3 Days to Kill
Teknik-Teknik Makeup
Berikut adalah teknik teknik makeup yang boleh kaum hawa untuk menghiaskan diri... Jangan lupa, niat kita kena betul.... dan mendapat izin dan ber make up untuk suami kitta
Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Menjawab segala kemusykilan.... Insyallah
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Semoga dengan ceramah tersebut memberi maanfaat kepada kita semua......insyallah
Sejarah: Bukit Kepong
SEJARAH BUKIT KEPONG
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.
Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
- Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
- Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin.
Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
SERANGAN OLEH KOMUNIS
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)