Berikut adalah maklumat serba ringkas untuk bakal pengantin untuk merancang majlis perkahwinan
Checklist perkahwinan perlu ada serta harus diberi perhatian sebagai senarai perancangan awal sesebuah perkahwinan. Dengan checklist perkahwinan pastinya si pengantin sedar dan tahu apa lagi perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan yang masih tertangguh. Tanpa checklist perkahwinan para pengantin pastinya terlupa , terlepas pandang malah tidak sedar ada lagi perkara lain perlu dibereskan. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu masa , tambahan pula dengan keadaan terlalu sibuk pastinya ada yang tertinggal. Susun atur yang teliti dalam senarai checklist perkahwinan pastinya mengurangkan bebanan fikiran untuk mengingati semua perkara-perkara yang berkaitan.
Jadi, bukan senang untuk merancang sesuatu majilis perkahwinan tersebut tanpa dibantu dengan checklist perkahwinan anda. Lain lah kiranya sipengantin mengupah wedding planner untuk lepas tangan dalam hal ini. Maklumlah tak nak panic bila tiba masa yang ditunggu-tunggu nanti. Berikut adalah cadangan serbi sedikit checklist perkahwinan yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu.
1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala butir-butir atau keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum menyerahkan borang dan dokumen yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan.
4. Pilih tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majilis perkahwinan akan lebih meriah.
5. Buat medical check-up (HIV). Perkara wajib dibuat. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Salah satu daripada berlakunya penceraian awal adalah kerana masalah ketulusan hati. Ketahuilah awal-awal kesihatan pasangan anda masing-masing. Selain daripada mengetahui tahap kesihatan masing-masing, disinilah ujian terbesar sebelum perkahwinan anda.
6. Beli barang-barang hantaran. Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan keatas perkara ini dapat dijimatkan.
7. Beli souvenir dan bunga telur.
8. Beli alat-alat untuk gubahan barang hantaran
9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Perlu dibuat awal. Ini membolehkan sijurunikah atau tok kadi dapat membuat perancangan masa beliau sendiri. Supaya Doa majilis perkahwinan dapat disediakan nanti.
10. Tetamu. Senaraiikan para tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.
11. Kad jemputan. Tempah perkara ini dari awal. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.
12. Gubah barang-barang hantaran. Supaya ianya nampak kemas.
13. Tempah pelamin.
14. Juru solek atau mak andam. Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka.
15. Pilih busana pengantin.
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi
17. Tempah juru kamera dan / atau juru video
18. Tempah khidmat catering atau beli barang-barang untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dan lain-lain) untuk majlis perkahwinan anda.
19. Dekorasi meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band.
21. Banting atau signage. Buat perkara ini jika dirasakan perlu.
No comments:
Post a Comment